Tan Kok Yew
Tan Kok Yew 

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew berkata, kira-kira RM7.4 bilion daripada jumlah itu merupakan pelaburan asing.

Menurutnya, tiga projek berkenaan adalah berkaitan industri barangan elektrik dan elektronik, tiga lagi merupakan kimia dan barangan kimia, diikuti dua projek barangan logam dibentuk serta masing-masing satu projek kertas, pencetakan dan penerbitan dan kelengkapan pengangkutan.

“Lokasi kesemua projek tersebut meliputi enam di Sungai Petani, tiga di Kulim dan satu di Langkawi.

“Projek-projek perkilangan yang diluluskan ini membuka peluang pekerjaan kepada 2,177 individu di negeri ini dengan 1,656 jawatan kosong diisi dalam industri kertas, percetakan dan penerbitan di Padang Serai, Kulim,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Salim Mahmood (Pas-Bukit Lada) yang bertanya mengenai pelaburan dalam negeri dan asing suku pertama yang melonjak kepada RM7.6 bilion berbanding RM2.4 bilion tahun lalu.

Salim memohon penerangan secara terperinci mengenai sektor, bidang dan industri itu, pelaburan asing yang terlibat dan manfaat yang diperoleh rakyat Kedah.

Kok Yew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga menambah, empat pelaburan asing di Kedah merangkumi dua projek daripada pelabur Amerika Syarikat dan masing-masing satu projek dari China serta Taiwan. -UTUSAN ONLINE