Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Hemodialisis HTF berkenaan menyediakan peluang untuk berkongsi kepada mereka yang memerlukan.

Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan kewangan bernilai RM15,000 daripada Syarikat Pegasus Duty Free Network kepada pihak Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang bekerjasama dengan MAIPs bagi disalurkan untuk tujuan itu.

Pengarah Urusannya, Prakash Ramachandran mempersembahkan cek kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap pengerusi yayasan dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Behor Mempelam, Tambun Tulang, Arau baru-baru ini,

Bangunan yang akan menelan belanja RM6 juta itu merupakan manifestasi rasa simpati dan prihatin masyarakat yang memberikan sumbangan kepada para pesakit menderita akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

MAIPs pada ketika ini masih memerlukan sumbangan sebanyak RM4.6 juta daripada masyarakat yang berhasrat untuk menyumbang.

Pusat Hemodialisis berkenaan akan memberikan manfaat kepada semua tanpa mengira agama bangsa dan kaum. - UTUSAN ONLINE