Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Tahir berkata, daripada jumlah yang diluluskan pada 8 Mac lalu itu, sebanyak RM150 juta digunakan bagi penyelenggaraan berkala turapan Jalan Persekutuan di seluruh negara.

“Bagi Pahang, jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM22.22 juta yang mana sebanyak RM3.73 juta bagi tujuan membaiki kerosakan Jalan Persekutuan di daerah Temerloh sahaja.

“Kementerian akan terus mempergiatkan usaha dengan memberi fokus kepada isu-isu penyelenggaraan tertunggak berdasarkan peruntukan yang disalurkan Kementerian Kewangan secara berperingkat,” katanya selepas meninjau tapak penyelengaraan jalan di Jalan Temerloh-Bera berhampiran Kampung Lebak di sini hari ini.

Yang hadir sama Setiausaha Bahagian Pengurusan Fasiliti Kementerian Kerja Raya, Norhisham Musa; Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Jabatan Kerja Raya, Rahmat Abdul Rahman dan Jurutera daerah, Rosli Othman. - UTUSAN ONLINE