hassan said
HASSAN SAID

Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, universiti itu juga akan terus komited untuk menyahut seruan kerajaan bagi mencapai sasaran 250,000 pelajar menjelang 2020.

“Saya berpendapat bahawa Bajet 2018 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi merupakan bajet yang cukup inklusif serta mengambil kira pelbagai lapisan masyarakat yang ada di Malaysia.

“Melalui bajet ini, saya yakin bahawa hasrat kerajaan untuk mencapai aspirasi TN50 (Transformasi Nasional 2050) akan dapat direalisasikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat berkata, selain memperuntukkan RM2.4 bilion kepada UiTM, kerajaan te­lah menambah bilangan kemasukan pelajar di universiti itu kepada lebih 165,000 orang dengan sasaran mencapai 250,000 pelajar menjelang 2020.

Lebih membanggakan, Najib berkata, UiTM sebagai institusi bumiputera telah berjaya melahirkan lebih 700,000 graduan Melayu dan bumiputera. – BERNAMA