Setiausaha Bahagian, Bahagian KPKT, Datuk Muhamad Musa berkata, peruntukkan berkenaan akan dimanfaatkan seramai 1,000 peserta daripada senarai e-kasih di seluruh negara yang akan diberi bantuan latihan serta kelengkapan.

Katanya, menerusi program itu, peserta akan dilatih oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik untuk membantu memberikan kursus latihan dan kemahiran.

“Tahun ini, kita telah melantik seramai lima NGO termasuk Pertubuhan kebajikan Mahabbah Malaysia (Mahabbah) yang akan membantu peserta azam bandar.

“Selain menyediakan latihan kemahiran serta bantuan peralatan, NGO yang terlibat juga akan membuat pemantauan dalam tempoh enam bulan bagi memastikan peserta berjaya memajukan perniagaan serta meningkatkan pendapatan,” katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Program Azam Bandar Siri 3/2019 di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort di sini hari ini.

Tambah Muhamad, setakat ini, kira-kira 10,000 peserta telah mendapat manfaat daripada program Azam Bandar sejak dilaksanakan pada 2014.

“Sebelum ini, Sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kita adalah setiap peserta perlu meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM290 sebulan, namun kali ini kita tingkatkan sasaran itu kepada RM580 sebulan.

“Malah untuk tahun ini, kita juga mensasarkan 800 peserta daripada 1,000 peserta tahun ini mencapai KPI yang ditetapkan,“ katanya.

Sementara itu, Presiden Mahabbah, Azzah Muyassarah Asat berkata, daripada 1,000 peserta Azam Bandar tahun ini, pihaknya telah melatih seramai 450 peserta.

“Kesemua 450 peserta ini telah mengikuti kursus serta bengkel yang telah kita laksanakan dalam tiga siri yang membabitkan 12 kursus yang ditawarkan.

“Kita mengambil peserta yang berkelayakan dan dari situ kita dapat menghasilkan peserta yang berkualiti. Kita juga akan memastikan setiap peserta dipantau kerana lemantauan adalah sangat penting,” katanya. - UTUSAN ONLINE