Sesi ceramah dimulakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad diikuti oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kemuncak majlis itu diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, UMNO dan Pas akan terus bergerak ke hadapan dalam menjalinkan kerjasama berterusan demi penyatuan ummah.

Katanya, kemuncak kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu ialah pemeteraian piagam bersama antara UMNO dan Pas yang akan ditandatangani pada 14 September ini.

- UTUSAN ONLINE