Hasrat itu diluahkan oleh Hassan Yuskal Malek, 20, yang kini mula berkecimpung dalam sektor pembaikan kasut di Seksyen 18, di sini.

Menurutnya, dia mula terlibat dalam kerjaya itu setelah melihat ikon tersebut berjaya hanya dengan membuat kasut.

“Selama 365 hari setahun hanya empat hari sahaja kedai mini ini ditutup iaitu pada setiap Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

“Jika ada rezeki dan cukup pengalaman saya ingin membuka kedai sendiri. Saya tidak pernah sesal dengan mata pencarian ini walaupun hanya di jalanan,” jelasnya kepada Utusan Online di sini baru- baru ini.

Katanya, dia baru menimba pengalaman dua tahun mempelajari selok belok tentang membaiki kasut daripada bapa saudaranya.

Menurutnya, dia mewarisi gerai itu daripada ayahnya yang tidak meneruskan kerjaya itu atas faktor usia walaupun sudah bertapak di situ selama 20 tahun.

“Setiap hari seramai 15 hingga 20 pelanggan akan datang membaiki kasut di sini.

Purata pendapatan tidaklah tetap kerana waktu operasi bermula dari pukul 10 pagi hingga 9 malam,” tambahnya.

Walaupun masih muda katanya, dia tidak kekok melayan karenah pelanggan kerana merasakan pendapatan ini juga mampu menyara diri sendiri berikutan ibunya tidak bekerja dan suri rumah sepenuh masa. - UTUSAN ONLINE