Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pekema, Shalan Hasan berkata, pihaknya memberi sumbangan kepada 279 anak-anak yatim dengan nilai sumbangan RM200 setiap seorang untuk membeli barang keperluan.

“Sebanyak RM235,000 diperuntukkan oleh pihak kami yang akan melibatkan lapan lokasi pemberian sumbangan itu kepada golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim.

“Dana yang terkumpul itu adalah hasil daripada sumbangan ahli-ahli Pekema yang memainkan peranan sangat besar dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada komuniti sempena bulan Ramadan ini,” katanya.

SEBAHAGIAN anak-anak yatim perempuan memilih pakaian raya pada program Shopping Raya Yayasan Pekema
SEBAHAGIAN anak-anak yatim perempuan memilih pakaian raya pada program Shopping Raya Yayasan Pekema bersama Anak-anak Yatim dan Miskin 2019 di Pasar Raya Mydin Mall USJ, Subang Jaya hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

Beliau berkata demikian dalam Majlis Shopping Raya Yayasan Pekema Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2019 di Pasar Raya Mydin, Subang Jaya dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Yayasan Pekema, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim; Naib Presiden Yayasan Pekema, Nazari Noordin dan Ketua Dewan Muda, Yang Mulia Raja Petra Raja Marudin.

SEBAHAGIAN anak-anak yatim lelaki memilih kasut raya pada program Shopping Raya Yayasan Pekema bersa
SEBAHAGIAN anak-anak yatim lelaki memilih kasut raya pada program Shopping Raya Yayasan Pekema bersama Anak-anak Yatim dan Miskin 2019 di Pasar Raya Mydin Mall USJ, Subang Jaya hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

Shalan menambah, pihaknya memilih pasar raya itu kerana menyediakan semua barangan keperluan pada harga berpatutan sekali gus membantu perniagaan golongan bumiputera.

“Kami bukan sahaja tertumpu kepada arena perniagaan automotif sebaliknya menabur bakti kepada masyarakat dengan mengadakan program seperti ini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE