Restoran berkonsep medan selera di Menara Al Safwah, berhadapan dengan Masjidilharam itu menyediakan pelbagai juadah popular di Malaysia, khususnya untuk jemaah dari Asia Tenggara.

Restoran di bawah pengurusan Kumpulan Felda itu telah dibuka sejak 2008 beroperasi 24 jam sehari dan sudah tentu masakan seperti roti canai, mi goreng, teh tarik dan sebaganyai antara menu popular.

Kunjungan penulis ke restoran tersebut mendapati harga yang dikenakan boleh dianggap masih berbaloi kerana rasanya yang sedap, dibuat dengan segera dan dijual di bangunan mewah.

Harga teh tarik dan roti canai dengan kuah dalca adalah 6.5 riyal (RM7.15) termasuk cukai, yang mana roti canainya dibuat sebaik sahaja ditempah dan bukannya roti canai segera. - UTUSAN ONLINE