Oddity Central melaporkan, Beau Jessup, 19, melakukan perkhidmatan tersebut secara dalam talian menerusi portal yang diberi nama Special Name.

Memilih nama untuk anak merupakan perkara penting di China bagi memastikan nama tersebut bermaksud yang baik dan bertuah.

Namun, untuk memilih nama Inggeris, golongan ibu bapa di negara itu berdepan dengan kesukaran terutamanya dalam urusan komunikasi memandangkan ramai dalam kalangan mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris. – AGENSI