Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi itu, Nor Atikah Baharuddin, 14, dikatakan sedang berjalan melalui tepi sungai tersebut bersama tiga saudaranya termasuk seorang lelaki.

Mangsa kemudian dikatakan tergelincir dan gagal mengimbangi badannya sebelum terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

Difahamkan, ketiga-tiga saudara mangsa cuba untuk menyelamatkannya, namun tidak berdaya disebabkan arus deras.

Malah, dua daripada mereka nyaris lemas sebelum diselamatkan oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE