Kemalangan berlaku kira-kira pukul 9 malam itu menyebabkan Zaimi Omar, 19, dari Kampung Orang Asli Chinggong Batu 8 Behrang Ulu, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari pekan Tanjung Malim.

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah terbabas sendiri dan terlanggar tiang lampu.

"Akibat kemalangan itu, mangsa yang tidak bekerja telah meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, darah mangsa telah diambil untuk ujian toksikologi dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE