Inspektor Mohd. Mossadique Azni memaklumkan perkara itu dalam pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur Wang Kelian di sini hari ini.

“Saya bersetuju,” katanya ketika disoal oleh pegawai pengendali RCI, Khairul Anuar Abdul Halim berhubung sama ada saksi ketiga RCI itu bersetuju terhadap soalannya jika tiada SOP mengenai perkara itu.

Sewaktu pendengaran itu berlangsung, Timbalan Pengerusi RCI, Tan Sri Norian Mai menegur tindakan Mohd. Mossadique kerana tidak mengetahui maklumat negara PATI yang ditahan.

Perkara itu susulan saksi ketiga RCI itu gagal menjawab soalan beliau terhadap maklumat identiti PATI terlibat.

Selain itu, Mohd. Mossadique juga memberitahu, berdasarkan peranannya sebagai Komander Platun PGA Bidor Perak, beliau tidak mengetahui sama ada isu PATI dibincangkan dalam taklimat bersama Cawangan Khas polis.

“Ya, ada taklimat bulanan membabitkan pasukan PGA dan Cawangan Khas, tetapi membabitkan isu PATI, di bawah saya pengetahuan tiada, tetapi mungkin melibatkan pihak atasan,” katanya ketika menjawab soalan Norian.-UTUSAN ONLINE