Suruhanjaya tersebut akan meneliti semua aspek yang mencetuskan serangan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood oleh seorang suspek warga Australia.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebelum ini menyatakan bahawa suruhanjaya tersebut penting untuk memastikan tragedi berdarah itu tidak berulang lagi di negara ini.

Suruhanjaya itu diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi, William Young dan bekas diplomat Jacqui Caine. – AFP