Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran.

berkata, pelan tersebut akan menganalisis perubahan dan peluang yang dihasilkan dalam pekerjaan, kemahiran dan pembangunan sumber manusia untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Katanya, NHRB akan merangkumi tiga kerangka utama iaitu tenaga kerja, tempat kerja dan pekerjaan.

“Kajian berkaitan kerangka tenaga kerja akan mengambil kira kesan peralihan, globalisasi, pendigitalan, e-dagang, perkembangan teknologi dan inovasi yang dibawa IR 4.0 terhadap ekonomi Malaysia serta peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan, warga asing dan ekspatriat.

“Kajian mengenai tenaga kerja juga akan memberi fokus kepada keperluan semasa dan masa depan berkaitan Latihan Teknikal dan Vokasional, Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu untuk memastikan 35 peratus tenaga kerja mahir tempatan dapat dicapai menjelang 2020,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Datuk Kua Abun pada Majlis Perasmian Persidangan Sumber Manusia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Kulasegaran berkata, perubahan pesat dan evolusi persekitaran kerja dan sistem pasaran buruh memberi cabaran baharu kepada masyarakat.

Justeru katanya, kementerian sedang dalam proses meminda Akta Kerja 1955, Akta Kesatuan Pekerja 1959 dan Akta Hubungan Industri 1967 sedia ada bagi memastikan undang-undang buruh tidak didiskriminasikan dan selaras standard Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Kajian juga akan mengenalpasti keperluan tenaga kerja mengikut sektor ekonomi dan sub sektor kritikal serta kategori pekerjaan seiring keadaan ekonomi sepanjang 2019-2035,” katanya. - UTUSAN ONLINE.