Lima individu itu merupakan sebahagian daripada 20 pendaki Malaysia daripada kumpulan sama tiba di KLIA2 menerusi penerbangan AirAsia AK305 pada pukul 1.33 petang.

Mereka telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok pukul 10.20 pagi ini.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pukul 5.47 pagi semalam menyebabkan penduduk kawasan itu bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.

Kejadian tersebut turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia, Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, yang selesai menamatkan misi pendakian ke Gunung Rinjani akibat ditimpa runtuhan bangunan.-Utusan Online