Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia, Dr. Rozaimi Ramle dan Pengarah Penganjuran Program kayuhan tersebut, Norman Yusof.

Turut serta, Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya, Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Program yang disertai 250 orang peserta itu di anjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia (IQ Malaysia) yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang menumpukan kepada aktiviti kebajikan dan dakwah diseluruh negara dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam ucapan beliau, Rozaimi memaklumkan bahawa program ini adalah untuk mengagihkan wang zakat yang telah disalurkan kepada Bank Negara Malaysia dan juga sumbangan-sumbangan yang diterima melalui pihak IQ.

Di akhir program, semua para peserta meluangkan masa melawat Muzium dan Balai Seni Lukis Tun Ismail Omar BNM di samping penyerahan sumbangan kepada 40 asnaf terpilih daripada kawasan Ampang. – UTUSAN ONLINE