Beliau berkata, Korea Utara bukan merupakan rakan daga­ngan atau sumber pelaburan yang penting sehingga boleh memberi kesan kepada Malaysia.

“Yang perlu kita berwaspada adalah hubungan ekonomi dengan negara-negara yang mempunyai hubungan perdagangan dua hala yang besar atau menjadi sumber pelaburan, selain pasaran pen­ting untuk produk kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas memeterai perjanjian antara Ins­titut Pemasaran Malaysia (IMM) dengan Putra Business School (PBS) di Universiti Putra Malaysia (UPM), dekat sini hari ini.

IMM diwakili Presidennya, Datuk Sharifah Ismail dan Rafidah yang juga Ahli Kehormat IMM sementara PBS diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Dr. Zulkornain Yusof.

Yang hadir Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Datin Paduka Aini Ideris.

Dengan termeterainya perjanjian itu, PBS menjadi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang pertama di negara ini melaksanakan inisiatif melalui kerjasama dengan badan profesional.

Ditanya mengenai unjuran pada tahun ini, Rafidah berkata, adalah tidak dapat dinafikan Malaysia akan terus berdepan de­ngan tekanan luaran kerana ekonomi negara-negara maju tidak begitu baik serta masing-masing mempunyai masalah dalaman.