Putera Khaled Talal dilihat beramah mesra dengan anak buahnya dan bertemu dengan anak lelakinya yang koma selepas dibebaskan daripada tahanan di Riyadh, Arab Saudi, hari ini. - AGENSI

Al Jazeera melaporkan, perkara itu dimaklumkan oleh anak buahnya, Puteri Reem Alwaleed yang berkongsi gambar Khaled bertemu dengan anak lelakinya yang sedang koma sejak beberapa tahun lalu.

Sehingga kini, kerajaan Arab Saudi tidak membuat penjelasan rasmi mengapa Khaled ditahan serta dibebaskan.

Abangnya, Putera Alwaleed Talal merupakan seorang daripada lebih 200 putera dan pegawai kanan yang ditahan di Hotel Ritz-Carlton berhubung dakwaan rasuah pada November tahun lalu. – AGENSI