Demikian dakwa Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya yang menggesa supaya Kerajaan Malaysia tidak menuding jari menyalahkan negara tersebut.

“Ada informasi yang dia tidak buka. Sebetulnya asap yang masuk ke Malaysia, ke Kuala Lumpur itu dari Sarawak kemudian dari Semenanjung Malaya dan juga mungkin sebagian dari Kalimantan Barat.

“Seharusnya pemerintah Malaysia objektif menjelaskannya," katanya memetik laporan Astro Awani, di sini hari ini.

Sementara itu, Siti Nurbaya turut mempersoalkan tindakan kerajaan Singapura yang mendakwa jerebu yang melanda negara berkenaan berpunca dari Riau.

“Tidak benar, ada (asap) dari Riau menyeberang ke Singapura. Titik api di Riau sudah turun. Kita punya 46 helikopter yang bekerja di lapangan," katanya.

Isnin lalu, akhbar tempatan Indonesia, Tempo memetik kenyataan Timbalan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG) Indonesia, Mulyono R. Prabowo bahawa berdasarkan kepada analisa dan pemantauan data satelit tiada jerebu rentas sempadan dilaporkan melanda negara jirannya Malaysia. - UTUSAN ONLINE