Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang mengutarakan perkara itu dalam ucapan dasarnya mendesak kepimpinan tertingggi parti mengambil tindakan ke atas wakil rakyat tersebut.

“Tindakan wakil rakyat yang melompat parti telah melanggar kontrak sosial. Mereka telah menghancurkan kepercayaan parti dan mengkhianati amanah pengundi.

“Wanita mencadangkan UMNO laksanakan Aku Janji Taat Setia atau bai’ah ke atas semua ahli bagi buktikan ketaatan dan kesetiaan kepada parti. Ini juga untuk membendung ahli khianati parti,” katanya dalam ucapan dasarnya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE