Dalam lawatan tersebut, Ahmad Hasbullah bersama-sama anggota tentera yang bertugas meraikan sambutan Aidilfitri dan mengadakan pelbagai aktiviti lain termasuk menyampaikan sumbangan serta menyertai jamuan raya bersama anggota.

Malah, dalam lawatan itu, beliau turut mengingatkan warga Tentera Darat untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

“Jangan sekali-kali leka dan cuai dalam memikul tugas menjaga keselamatan sempadan negara,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahmad Hasbullah turut melancaran Buku Dari Meja Panglima Tentera Darat (DMPTD) Jilid Ketiga dalam usaha menjadikan seorang warga perkhidmatan itu profesional dan sentiasa meletakkan keimanan dalam setiap pekerjaan. - UTUSAN ONLINE