Iriz yang pernah memenangi anugerah untuk model hatchback segmen B bakal dilancarkan tahun ini dan merupakan model pertama yang dipertingkatkan sejak syarikat automotif tempatan itu memulakan kerjasama dengan Geely.

"Garisan luaran yang baharu direka bentuk untuk menggambarkan kesinambungan dengan wajah sporty serta untuk membina hubungan visual dengan model lain menggunakan elemen reka bentuk yang mempunyai persamaan di antara model-model yang lain.

"Lampu utama baharu makin tipis yang disatukan dengan hiasan jeriji yang menonjol berbentuk busur yang turut ada pada Proton X70,’’ katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Bampar depan baharu lebih agresif dengan jeriji radiator yang lebih rendah serta lampu nyalaan siang LED yang diperkemaskan.

Lampu belakang masih sama tetapi diberi identiti korporat baharu dengan cetakan Proton pada bonet. - UTUSAN ONLINE