Individu itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang; ADUN Semambu, Lee Chean Chung; Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet; penasihat undang-undang SMSL, Hon Kai Ping dan Setiausaha SMSL, Chu Seng Poong.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, dua individu sudah diambil keterangan mereka hari ini iaitu Chon Siang dan Kai Ping.

"Esok kita jangka tiga lagi individu akan hadir bagi memberikan keterangan mereka.

"Kita dalam proses melengkapkan siasatan dengan mengambil keterangan dan merakam percakapan. Apabila siap nanti kita akan hantar ke pejabat timbalan pendakwa raya," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Ahad lalu, Mohamad Noor dilaporkan berkata, Himpunan Protes 818 tolak sisa radioaktif Lynas anjuran SMSL di Taman Gelora di sini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012).

Menurutnya, himpunan itu tidak mendapat kebenaran pemilik premis iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Atas sebab itu katanya, pihaknya akan membuat laporan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut APA 2012. - UTUSAN ONLINE