Keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan bersetuju dengan tawaran baharu MMC-Gamuda untuk menambah potongan kos kerja bawah tanah dengan nilai RM3.6 bilion berbanding RM2.13 bilion, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, keputusan menamatkan kontrak kerja-kerja bawah tanah serta-merta ditarik balik dan projek diteruskan dengan nilai RM13.33 bilion.

"Jumlah stesen buat masa ini adalah 33 stesen berbanding 35 stesen berdasarkan rancangan asal.

"Bilangan stesen atas tanah MRT2 terus dikekalkan kecuali dua buah stesen bawah tanah iaitu di Bandar Malaysia (Utara) dan Bandar Malaysia (Selatan) akan ditangguhkan," jelasnya dalam kenyataan itu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE