Jelajah itu akan menampilkan artis dan selebriti agama terkenal seperti Ramli Sarip, Ippo Hafiz, PU Rahmat, PU Muhsin dan Ezad Lazim. 

Pelbagai pengisian lain seperti Smart Bazaria, kaunter pendaftaran Universiti Industri Selangor (Unisel), cabutan bertuah, reruau Upin dan Ipin, perlawanan bola sepak dan bola jaring.

Menteri Besar Selangor Incorporated dalam kenyataan berkata, jelajah yang memasuki siri keempat itu bertujuan menyampaikan pelbagai maklumat disediakan kerajaan negeri kepada penduduk Selangor. - UTUSAN ONLINE