Dalam satu kenyataan di sini, KPM berkata, program yang berlangsung pada 4 Julai lalu itu diadakan sebagai pengisian kepada ceramah sahsiah unggul murid sekolah berkenaan.

“Sepanjang ceramah berlangsung, tiada sebarang unsur yang melibatkan sensitiviti agama dan kaum disentuh oleh Firdaus kerana pihak sekolah telah memaklumkan beliau perkara yang perlu dielakkan demi keharmonian warga sekolah, guru dan murid.

“Justeru menjadi dasar KPM untuk pihak sekolah berhati-hati apabila mengundang penceramah dalam mana-mana program yang dianjurkan,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Pejabat Pendidikan Daerah juga telah memanjangkan peringatan kepada semua pengetua dan guru besar mengenai kaedah pemilihan penceramah supaya tidak menimbulkan prasangka tidak baik atau rasa tidak senang dalam kalangan warga sekolah. - UTUSAN ONLINE.