Tindakan Priyangka yang juga Duta Muhibbah Tabung Kanak Kanak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (Unicef) itu juga dituduh hiprokrit dan dianggap bercanggah dengan tanggungjawabnya untuk menyebarkan mesej keamanan.

BBC melaporkan, seorang wanita warga Pakistan-Amerika, Ayesha Malik yang menghadiri sebuah majlis kecantikan, Beautycon di Los Angeles yang turut dihadiri oleh pelakon itu sebagai salah seorang panelis melontarkan soalan mengenai kerelevanan Priyangka menbuat ciapan mengalakkan perang antara kedai-dua negara berjiran di Twitternya.

Pertikaman lidah di antara Ayesha dan Priyanka sempat dirakam lensa kamera.

“Adalah sukar untuk mempercayai kata-kata kamu mengenai kemanusiaan, sebagai negara berjiran, rakyat Pakistan, saya tahu kamu seorang yang hipokrit.

“Kamu adalah Duta Keamanan Unicef dan menggalakkan perang nuklear terhadap Pakistan. Tiada pihak yang menang dalam hal ini,” katanya yang merujuk kepada ciapan pelakon yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Februari lalu.

Mikrofon itu bagaimapun ‘dirampas’ daripada wanita itu sebelum Priyangka menjawab kepada persoalan yang ditimbulkan.

Dalam ciapan pada 26 Februari lalu itu Priyangka menyebut tanda pagar, #Jai Hind atau kemenangan untuk India.

Priyanka menjelaskan dia mempunyai banyak rakan dari Pakistan dan dia sendiri tidak menyukai perang tetapi mengakui dirinya seorang yang patriotik.