Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Syukri Yusoff berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif penganjuran majlis itu, lebih-lebih lagi umat Islam amatlah digalakkan untuk bersedekah dan seboleh-bolehnya menambah amal dan ilmu pada bulan Ramadan.

"Program ini juga untuk mengeratkan ukhwah antara PPZ-MAIWP dengan McDonald's Malaysia melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai tanda keprihatinan kepada insan kurang bernasib baik dengan budaya bersedekah.

"McDonalds Malaysia merupakan pembayar zakat perniagaan di PPZ-MAIWP dengan menerima skim wakalah dengan pembayar zakat akan mengagihkan sendiri kepada asnaf yang layak," katanya dalam Majlis Iftar Bersama Anak Yatim di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju dekat sini hari ini.

Anak-anak yatim itu turut menerima sumbangan duit raya dan cenderahati daripada pihak penganjur.

Yang turut hadir, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengurus Besar RMHC, Mohd. Nasri Mohd. Nordin. - UTUSAN ONLINE