Zainuddin Ahmad

Ini kerana, tindakan lanjut ke atas peniaga yang melakukan kesalahan tidak dapat diambil tanpa laporan polis daripada pihak PPIM mahupun pengadu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad menegaskan, persatuan tidak mempunyai kuasa menggempur atau menyerbu mana-mana premis, sebaliknya tindakan itu hanya boleh dilakukan oleh pihak berkuasa seperti polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Kita hanya menerima laporan daripada peniaga terbabit. Oleh itu, siasatan perlu dilakukan ke atas persatuan berkenaan.

“Sehingga kini, tiada laporan mengenai kegiatan peras ugut atau penipuan terhadap mana-mana peniaga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, bantuan yang dihulurkan PPIM untuk membantu pengguna adalah langkah baik namun perlu melalui lunas undang-undang yang telah ditetapkan.