S. SUBRAMANIAM
S. SUBRAMANIAM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, beliau telah mengarahkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk menjalankan siasatan terhadap kedua-dua doktor yang berusia lewat 40-an dan 51 tahun itu

“Sekiranya siasatan mendapati wujud unsur-unsur kecuaian profesionalisme, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap kedua-dua doktor itu. Mereka mungkin tidak dapat berfungsi sebagai pengamal perubatan lagi,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Unit Angiografi dan mesin Angio-CT Hibrid, Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Selayang di sini hari ini.

Mesin Angio-CT yang melibatkan kos RM10 juta itu adalah gabungan modaliti angiografi dan modaliti CT scan yang mampu memberi teknik peng­imejan yang lebih ber­kesan berbanding cara konvensional.

Dalam kes pertama yang berlaku di sebuah klinik di Jalan Ipoh di sini, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terpotong bahagian depan kemaluannya hingga putus dan doktor terbabit mengaku ke­cuaiannya.

Satu lagi kes berkhatan melibatkan ka­nak-kanak berumur 10 di sebuah klinik di Cheras.

Setelah pembedahan, doktor mengesahkan, kedua-dua kanak itu boleh membuang air kecil, namun buat masa ini masih terlalu awal untuk menentukan kekura­ngan yang mungkin dialami apabila dewasa.

Subramaniam menambah, kementerian juga boleh me­ngam­bil tindakan menggantung atau menarik balik lesen kedua-dua klinik yang terlibat.