Usul yang dibawa oleh CDS-Parti Rakyat (PP) bertujuan memperdengarkan `suara kemarahan ramai rakyat Portugis yang telah hilang keyakinan kepada kerajaan’.

Usul itu berjaya diketepikan dengan majoriti 122 undi berbanding 105 undi.

Seramai 64 orang terkorban selepas kebakaran besar di wilayah tengah Pedrao Grande pada pertengahan Jun lalu manakala pada pertengahan bulan ini, kebakaran terbaharu meragut 45 nyawa.

Perdana Menteri Antonio Costa berikrar bahawa keadaan itu tidak boleh kekal sama selama-lamanya.

Hampir separuh daripada kebakaran hutan di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) pada tahun lalu berlaku di negara ini yang mempunyai perladangan pokok pain selain masalah pokok kayu putih dan sebatian tanah yang mudah terbakar.

Negara itu juga bakal mencipta sejarah sebagai negara yang terbanyak mengalami kebakaran hutan pada tahun ini ekoran kebakaran hutan yang terbaharu.

Pada minggu lalu, Menteri Dalam Negara, Constanca Urbano de Sousa meletak jawatan selepas kerajaan gagal menyelesaikan masalah tersebut. - AFP