Platform tersebut diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada bakal jemaah yang akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada masa hadapan menerusi perkongsian maklumat mengenai urusan sepanjang berada di Mekah.

Menurut pentadbirnya, Samsudin Awang, portal tersebut beroperasi secara percuma dari Mekah, Arab Saudi yang dikendalikan oleh kumpulan sukarelawan media sosial terdiri daripada mutawif, pengelola pakej haji dan umrah, blogger pelancongan dan pelajar Malaysia di sana.

"Pada masa ini, hampir semua jemaah haji membawa bersama telefon pintar ke Tanah suci, malah mereka turut dibekalkan dengan kad sim percuma oleh Kerajaan Arab Saudi bagi kemudahan komunikasi di sana.

"Justeru, portal ini diwujudkan agar jemaah haji dapat memanfaatkan telefon pintar mereka untuk berkongsi maklumat yang berfaedah dalam kalangan mereka dan juga kepada bakal jemaah haji di masa depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Samsudin, segala maklumat yang dikumpulkan akan menjadi rujukan kepada pihak terbabit dengan pengurusan haji sama ada agensi kerajaan, pelancongan, syarikat penerangan dan juga media. - UTUSAN ONLINE