Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim juga percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentunya sudah memberitahu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad siapa dalang di sebalik tindakan Muhammad Haziq mengaitkan menteri kabinet itu dalam video intimnya bersama seorang lelaki.

“Menjatuhkan pemimpin dengan cara memfitnah berlaku setiap musim di Malaysia.

“Mari bersama bersihkan persada politik tanah air. Naikkan orang yang baik-baik,” kata Rais dalam laman Facebook miliknya hari ini.-UTUSAN ONLINE