AFP yang memetik Komander Sempadan, Craig Palmer sebagai berkata, rampasan itu adalah yang terbesar dalam sejarah negara itu setakat hari ini.

Beliau memberitahu, pasukan keselamatan sempadan menemukan 145 kilogram (kg) dadah jenis metilamphetamine dan 37 kg heroin, disembunyikan dalam pembesar suara, yang tiba di pelabuhan Melbourne, semalam.

Katanya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan pasukan keselamatan itu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi polis dengan segera. -AFP