Program yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan isterinya, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Seramai 28 peserta yang terdiri daripada 14 qari dan 14 qariah yang mewakili negeri masing-masing akan menyertai acara tilawah berkenaan.

Bagi menghafaz al-Quran, seramai 84 peserta berusia tujuh hingga 25 tahun akan bersaing dalam tiga kategori yang dipertandingkan.

Majlis perasmian malam ini yang dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung turut disiarkan secara langsung di TV1 dan TV Al-Hijrah (saluran 114) serta melalui radio IKIM.FM serta melalui live streaming web TV Jakim dengan melayari laman web www.jakim.tv.

Pelbagai kemudahan turut disediakan sempena program itu termasuk skrin televisyen besar yang menyiarkan acara secara langsung, food truck, surau bergerak dan khemah pameran. - UTUSAN ONLINE