Dengan pencahayaan baharu itu, suasana di dalam masjid berkenaan menjadi lebih indah dan ceria.

Selain itu, lampu pada menara jam akan berkelip-kelip setiap kali azan dilaungkan bagi menandakan masuk waktu solat.

Projek pencahayaan dengan kos kira-kira RM1.5 juta tersebut dila­k­­­sanakan oleh Perbadanan Pemba­ngunan Kampong Bharu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Komponen pencahayaan mem­punyai tujuh warna dan projek berkenaan disiapkan dalam masa dua bulan.

Yang turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Datuk Affendi Zahari.

Perdana Menteri seterusnya bersama para jemaah yang lain menunaikan solat isyak dan tarawih di masjid tersebut.