Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata, pengiktirafan tersebut adalah sesuatu yang membanggakan dan penghormatan kepada syarikat tersebut.

Tegasnya, apa yang paling penting kejayaan dicapai oleh PLUS itu dapat diukur dan dinilai.

"Pengiktirafan peringkat nasional ini dicapai selepas kemenangan kami pada Anugerah Risiko Strategik Asia Pasifik di Singapura.

“Memenangi anugerah Pasukan Pengurusan Risiko Terbaik untuk tahun ini telah membuktikan bahawa pasukan PLUS Enterprise Risk telah berusaha untuk melaksanakan strategi pengurusan risiko secara berkesan dan memberi nilai tambah kepada organisasi kami," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anugerah Pasukan Pengurusan Risiko Marim dinilai melalui dua proses penilaian iaitu penyerahan dokumen komprehensif yang disediakan oleh pasukan dan pembentangan kepada panel hakim.

Panel hakim terdiri daripada Ketua Pengurusan Kesinambungan Perniagaan Airasia Berhad, Bernard Lee sebagai Ketua Hakim; Pengurus Besar Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB), Faizatul Farhah Ghazali; Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Taipor Suhadah dan Ketua Pengurusan Kesinambungan Perniagaan Maxis, Raja Amir Abdul Hakem Raja Hedar. - UTUSAN ONLINE