MAIS dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, kemena­ngan buat MAIS, Jawatankuasa Fatwa Selangor dan kerajaan negeri amat penting kerana jika berpihak kepada SIS, ia akan menjadi precedent terhadap kes lain yang sedang berjalan di mahkamah khususnya melibatkan isu fatwa.

“Adalah dimaklumkan pada Selasa depan, Mahkamah Persekutuan membicarakan kes rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan SIS untuk membuat semakan kehakiman di mahkamah sivil terhadap Fatwa Pemikiran Li­beralisme dan Pluralisme Agama.

“Sekiranya keputusan ra­yuan ini tidak menyebelahi MAIS, Jawatankuasa Fatwa dan kerajaan negeri, keputusan ini akan menjadi precedent kepada semua kes MAIS yang masih berjalan di mahkamah sivil berkaitan bidang kuasa semakan kehakiman terhadap fatwa.

“Sehubungan itu, bagi memastikan mahkamah syariah kekal memiliki bidang kuasa memutuskan perkara berkait kepentingan agama dan umat Islam, seluruh surau serta masjid diseru mengadakan solat hajat,” jelas MAIS dalam kenya­taan di sini hari ini.