Pengarah Urusan PMM, Kang Tae Koo berkata, pengiktirafan berkenaan yang menjadikan syarikat itu sebagai syarikat EQUAL-SALARY pertama di Malaysia menjadikan PMM sebagai majikan pilihan yang sentiasa komited dalam memperjuangkan kesaksamaan dan memupuk suasana tenaga kerja inklusif dan dinamik.

Katanya, selaras dengan usaha PMM dalam melaksanakan transformasi menjadi peneraju teknologi bebas asap rokok abad ke-21, syarikat tersebut memahami kepentingan persekitaran kerja untuk menjana inovasi dan kekal berjaya.

“Kejayaan kami sebagai sebuah syarikat bergantung kepada kepelbagaian dan bakat tenaga kerja di mana setiap individu berpeluang untuk belajar dan berkembang dalam kerjaya mereka.

“Ini bermakna kita harus menyediakan imbuhan yang adil dan saksama antara jantina untuk kerja yang sama. Sesuatu yang selaras dengan nilai dan prinsip kami di PMM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE