Minyak yang sudah berada di pasaran bermula hari ini itu menjanjikan prestasi enjin responsif dan kecekapan bahan api lebih baik dalam memberi pengalaman pemanduan baharu kepada pelanggan.

Petronas Primax 95 menonjolkan 'Dual Friction Modifier' pertama di dunia yang membantu mengurangkan pergeseran sebanyak 20 peratus.

Minyak tersebut juga mengandungi 'Double Detergent' bagi mempertingkatkan agen pembersihan bahan api dengan menghapuskan 99 peratus deposit karbon.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Yang turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad (PDB), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. - UTUSAN ONLINE