NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH
NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH

Pesuruhjaya tersebut, Nik Salida Suhaila Nik Saleh berkata, lelaki yang mahu berkahwin mesti beragama, berpengetahuan, berdikari, sihat, selamat, mempunyai kerjaya serta bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.

Katanya yang juga Profeor Madya Universiti Sains Islam Malaysia, perkahwinan merupakan satu ikatan antara lelaki dan wanita untuk membina rumah tangga mengikut al-Quran dan sunah.

“Walaupun isteri berumur 11 tahun, ia tidak mengapa. Terdapat banyak keadaan yang mengikuti sunah, bukan kerana anda seorang lelaki.

“Sunah merupakan amalan Nabi Muhammad yang mana semua umat Islam digalakkan mencontohinya,” katanya seperti dipetik dalam laporan portal, The Malay Mail di sini, hari ini.

Nik Salida dikatakan memuat naik pendapatnya mengenai perkahwinan bawah umur dalam laman Facebook dan terkini dikatakan sudah memadam status tersebut. - UTUSAN ONLINE