KERATAN akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan Pertandingan Pancagaram peringkat kebangsaan (NATCOMP)dan Antarabangsa (MWBC) 2019 yang berlangsung di Alor Setar, Kedah dari 11 hingga 13 Julai lalu.

Bukan sahaja Stadium Sultan Abdul Halim dibanjiri ribuan penonton yang mahu menyaksikan peringkat akhir pertandingan berprestij itu, bahkan pada malam sebelumnya Dataran Aman turut bermandi cahaya selepas menjadi lokasi pertandingan perarakan pancaragam.

Dianjurkan oleh Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan bersama Persatuan Pancaragam Malaysia, lebih 1,000 peserta dari seluruh negeri termasuk tuan rumah, Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang serta negara Filipina menyertai pertandingan itu.

Butiran lanjut mengenai pertandingan yang bukan sahaja memberi pengalaman berharga, bahkan ilmu serta mengeratkan semangat setiakawan dalam kalangan peserta terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah itu boleh didapati dalam Utusan Malaysia edisi cetak esok.-UTUSAN ONLINE