MRCBGK dalam kenyataan di sini hari ini berkata, laluan itu akan ditutup bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang dan 10 malam hingga 5 pagi selama 15 hari bermula Rabu ini.

“Kawasan yang terlibat adalah lorong di antara CSE Automotive Technologies Sdn Bhd dan Temasya Anggun manakala di persimpangan Jalan Pengaturcara U1 / 51 hanya sebahagiannya akan ditutup iaitu di hadapan bangunan Karcher Cleaning System Sdn Bhd.

“Selain itu. lorong paling kiri di Persiaran Kerjaya (kedua-dua Shah Alam-terikat dan Subang / Kuala Lumpur-terikat) dan Jalan Pengaturcara U1 / 51 akan ditutup di hadapan Temasya Anggun, Karcher Cleaning System Sdn Bhd dan CSE Automotive Technologies Sdn Bhd.,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi hotline LRT 3 di talian 1 800 18 2585.- UTUSAN ONLINE