Setiausaha Agung SAANSO, Abdullah Rasheed menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Shafie dan ahli-ahli Persekutuan Pengakap Malaysia dan berharap mereka bersabar dalam menghadapi kesedihan ini.

“Kita semua mengingati beliau sebagai pemimpin pengakap yang sentiasa rendah hati dan berdedikasi yang berkhidmat untuk tempoh yang lamaq bagi pembangunan pengakap di Malaysia.

“Allahyarham telah banyak menyumbang kepada pergerakan pengakap dunia dan kejayaan terbesar beliau ialah memindahkan Ibu Pejabat Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) dari Geneva ke Brickfields, Kuala Lumpur.

Shafie, 73, yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi meninggal dunia di Hospital Selayang pada 9.30 pagi akibat komplikasi dalam perut. - BERNAMA