Program anjuran Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) itu yang melibatkan wartawan, jurufoto dan jurukamera turut disertai petugas portal berita di negeri ini serta Pejabat Media Menteri Besar.

Wartawan Harian Metro, Mohd. Hafizee Mohd Arop muncul juara keseluruhan bagi kategori lelaki manakala kategori wanita milik wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah utama berupa televisyen LED 40 inci.

Selain tiga hadiah utama, kejohanan turut menyediakan 40 hadiah perkakas dapur dan barang elektrik selain 35 hadiah saguhati.

Pengerusi PPMP, Sayed Mohd Hesham Sayed Idris dalam ucapannya berkata, program kali ini diadakan dalam skala lebih besar untuk memberi ruang lebih ramai rakan media menyertai.

"Ini juga sebagai satu tanda penghargaan ke atas petugas media yang selama ini sering terikat dengan jadual kerja tidak menentu.

"Paling penting, kita mahu setiap dana dan sumbangan yang diperoleh sama ada menerusi syarikat atau badan korporat dapat dikembalikan untuk manfaat bersama warga media," katanya. - UTUSAN ONLINE