Permim dalam satu kenyataannya di sini berkata, antara isu dibincangkan adalah berkaitan pelajar India Muslim lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Mazslee dilihat prihatin terhadap isu-isu yang telah dikemukakan oleh kami bersama pertemuannya.

“Kami juga yakin bahawa isu dibincangkan itu akan dapat satu jalan penyelesaian yang kekal agar golongan itu tidak tertindas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, rombongan tersebut ke pejabat menteri berkenaan di ketuai Timbalan Presiden Permim, Shaik Faridhudheen Anverdeen.

Pertemuan antara Permim dengan Menteri Pendidikan dianggap satu susulan daripada perjumpaan antara Permim dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada April lalu.

Permim merupakan badan induk bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India muslim yang dianggotai hampir 60 orang untuk memperjuangkan pelbagai isu,

Isu-isu yang sering dibincangkan dalam pertubuhan itu adalah pembangunan sosial ekonomi serta pendidikan masyarakat India muslim di negara ini. - UTUSAN ONLINE