Menurut Raja Permaisuri, Muskat tersebut satu-satunya yang dipakai dua raja bagi istiadat pertabalan yang dibuat sebelum ini.

 

“Gambar yang menunjukkan arwah ayah memakai Muskat. Dipinjam daripada bapa mertua saya Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah. Satu-satunya Muskat yang dipakai dua raja bagi istiadat pertabalan. Kacaklah ayah saya!” titah Permaisuri Agong dalam ciapan Twitter miliknya di sini hari ini.

Tunku Azizah juga turut melahirkan rasa syukur dan gembira dengan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal diadakan pada 30 Julai nanti.

 

“Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong ketujuh, kelapan dan ke-16. Alhamdulillah di atas kurniaan Allah SWT,” titahnya.-UTUSAN ONLINE