Istiadat pemasyhuran itu berlangsung pada majlis Konvokesyen UCYP 2019 di Dewan Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini.

Watikah pemasyhuran dipersembahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur.

Noorul Ainur ketika membaca watikah itu memaklumkan bahawa lembaga pengelola UCYP memasyurkan Tunku Azizah Aminah Maimunah sebagai Canselor berlandaskan Bahagian Empat, Perkara 26 Perlembagaan Kolej Yayasan Pahang.

Pada majlis konvokesyen berkenaan, Raja Permaisuri Agong turut dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat (Seni Kreatif).

Penganugerahan ijazah kehormat itu disampaikan oleh Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Datuk Dr. Ahmad Zainuddin. - UTUSAN ONLINE