Naib Ketua Wira Perkasa, Syed Mohd. Shahriman Syed Badrishah berkata, langkah itu penting bagi memulihkan rasa marah seluruh umat Islam berhubung isu it.

“langkah tegas yang diambil oleh pihak berkuasa boleh memberikan pengajaran kepada orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian telekomunikasi.

“secara tidak langsung, warganet akan lebih berhati-hati ketika memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang menyentuh berkenaan isu sensitiviti agama dan perkauman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, individu yang menggunakan nama akaun Facebook, Foo Sing Wai itu telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 11 pagi selepas keterangannya diambil.

Tambah Syed Mohd. Shahriman, tindakan pihak polis membebaskan individu terbabit adalah tidak wajar sama sekali.

“Keputusan pihak berkuasa membebaskan pelaku merupakan satu lagi penghinaan terhadap orang Islam di negara ini kerana seseorang yang kurang ajar menghina Nabi Muhammad SAW boleh dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE